AIMS                               Major                                   Minor                                                Staff

 
MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Objektif Rancangan Ekonomi ialah menawarkan program-program major dan minor untuk pelajar Universiti Sains Malaysia khususnya yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan di bawah pentadbiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Rancangan Ekonomi ditawarkan juga untuk pelajar-pelajar Pusat Pengajian Pendidikan dan Pusat Pengajian Sains Matematik. Kursus-kursus Ekonomi telah disusun sedemikian rupa bagi memenuhi keperluan program antara disiplin yang menjadi falsafah USM dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Di antara objektif Rancangan Ekonomi pra-siswazah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ialah:
  • Menyediakan latar belakang ilmu ekonomi yang sesuai dan mencukupi dengan kemudahan latihan kepada siswa-siswi yang berminat dan memilih bidang pengkhususan ekonomi.
  • Mendedah dan memperkenalkan prinsip-prinsip, teori-teori dan model-model ekonomi lazim dan Islam bertujuan diaplikasikan dalam analisis memecahkan persoalan-persoalan sosio-ekonomi yang dihadapi oleh masyarakat, khususnya Malaysia.
  • Melatih dan membimbing siswa-siswi yang berminat dan berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang ekonomi dengan menyediakan kursus-kursus relevan dan pelbagai.





 

 

© 2009, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM
 
     
1